Muffin oren atau cupcake oren ni memang menjadi kegemaran kanak-kanak, dewasa pun sukakannya. Sangat sesuai untuk minum petang atau snek kan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Malnorashima bt Ismail atas perkongsian resipi Muffin Oren ini 😊
Bahan-bahan:
1 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
200ml susu segar
1 sudu besar kordial oren + sedikit pewarna oren
90ml minyak jagung @ minyak masak
2 cawan tepung kek
1/2 cawan buah kering (separuh dalam adunan, separuh sebagai topping)
Cara membuat:
- Pukul telur dan guna menggunakan tangan sahaja sehingga kembang.
- Tambahkan susu dan pukul lagi.
- Masukkan perasa oren dan pukul lagi.
- Tuangkan minyak, pukul dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
- Letakkan adunan 3/4 dalam cawan kertas.
6. Bakar muffin pada suhu 170°c selama 30-35 minit menggunakan api atas bawah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Malnorashima bt Ismail (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity