fbpx

Mudahnya Nak Buat Kuih Bingka Pandan. Kisar Sahaja Semua Bahan.

iCookAsia

Memang berbaloi sangat membuat bingka pandan atau bengkang pandan perkongsian Imah Akmal ni, cara yang dikongsikan juga sangat mudah kerana semua bahan hanya perlu dikisar bersama dan terus dibakar.

Kalau sedang sibuk di dapur, sambil memasak, bolehlah buat bingka pandan kan? Tak sampai 10 minit cara penyediaannya.

 

Bahan :

3 biji Telur – kisar selama 3-4 minit

1 1/2 cawan Tepung gandum

3/4 cawan Gula – kalau suka manis buat 1 cawan

1 cawan Santan kotak kecik – saya guna KARA

2 cawan Air daun pandan

1 sudu kecil Garam

2 sudu makan Minyak masak

Pewarna hijau – kalau air pandan tak cukup hijau

 

Cara :

  1. Mula-mula kisar telur dahulu, kemudian masukkan semua bahan dan kisar bersama.
  2. Sapukan loyang dengan minyak atau marjerin. Resipi ini menggunakan loyang 8’x8’.
  3. Bakar adunan pada suhu 180c selama satu jam.
  4. Tunggu sejuk dan baru potong untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Imah Akmal

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x