Dengan musim yang agak panas sekarang ini, kalau dapat minum air sejuk pun best juga kan. Apatah lagi kalau dapat minuman yang fresh dari buah dan smoothie. Rasa dia memang tak boleh dibawa bincang. Memang rasa segar sepanjang masa.
Kali ini, Admin nak share satu resipi untuk buat minuman yang confirm sedap dan menyegarkan iaitu Frozen Mint Lemonade. Jom kita try.
Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Frozen Mint Lemonade ini 🙂
Bahan-Bahan:
5 biji lemon
Daun pudina
Air gula
Ais
Cara penyediaan:
- Mula-mula, ambil 5 biji lemon.
- Selepas itu, tuai daun pudina dalam segenggam besar.
- Seterusnya, buat sedikit air gula. Rebus sahaja gula dengan sedikit air. Mengikut tahap kesukaaan manis nak banyak mana.
- Perah buah lemon dan dapatkan antara 200 hingga 250 ml jus.
- Masukkan air gula, jus lemon, kulit dari sebiji lemon. Ambil kulit sahaja dan jangan ada putihnya, nanti akan rasa pahit.
- Kemudian, masukkan pudina yang sudah dibasuh.
- Masukkan ais dan blend semua sehingga halus. Tambah ais dan blend lagi sehingga menjadi slushie.
Buat masa hari panas, memang terus rasa segar dan bersemangat ni.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos