Kalau anda suka makanan yang berunsur kan pastry, mesti anda akan suka dengan perkongsian resipi ini. Roti yang sangat lembut dan hiasan pada atas roti yang banyak. Apabila buat sendiri di rumah, boleh letak berapa banyak ikut kita. Baru puas!
Terima kasih Natasha Jeffrey untuk perkongsian resipi Mini Pizza ini 🙂
Bahan-bahan:
250ml cawan air suam
1 packet yis mauripan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu pekat
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
1 cawan marjerin
Cara membut:
- Campurkan gula dan susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
- Di dalam mangkuk yang berlainan, masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
- Kemudian, masukkan yis yang sudah naik. Tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan. Bila doh sudah tidak melekat ditangan boleh tutup dan biarkan dalam 20 atau 30 minit untuk beri doh naik dua kali ganda.
“Oven Tasha si kecik molek tu 190°C 20minit masak”
Topping pizza:
Tomato puri
Vages campur
Sosej
Cheese cheddar atau mozarella
Sos cili
Mayonis
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Natasha Jeffrey (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/