Petang-petang memang sesuai sangat kalau dapat makanan manisan kan? Haa, disini Admin kongsikan satu resipi daripada Kuih Tradisional Kuih Apam Puteri Ayu tetapi diubah suai sikit mengikut citarasa sendiri. Nampak sedap kan?
Terima kasih Aini Binte Madon untuk perkongsian resipi Mini Pandan Chiffon ini 🙂
Bahan A:
300 gm kelapa parut putih
3 helai daun pandan – digunting-gunting
Sedikit garam
*Panaskan kukusan. Bahan-bahan ini digaul rata dan dikukus selama 15 minit. Buangkan daun pandan dan ketepikan.
Bahan B:
15 helai daun pandan
220 ml santan kotak KARA
Secubit garam
Caranya:
- Daun pandan digunting-gunting. Masukkan daun pandan dan santan ke dalam blender. Kisar hingga halus.Â
- Tapiskan adunan dan dapatkan air santan pandan sebanyak 240 ml. Tambahkan air jika kurang. Masukkan garam dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan C:
3 biji telur (175 gm)
190 gm gula halus
1 sudu teh ovalette
200 gm tepung self-raising
1 sudu teh baking powder
Bahan D:
Sebotol kaya pandan – masukkan ke dalam piping bag
(Saya guna kaya pandan brand FREZFRUTA)
Cara membuat:
- Ayakkan tepung dan baking powder di dalam sebuah bekas. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk mixer, pukul telur, gula dan ovalette selama 4-5 minit hingga kembang dan pekat dengan high speed. Matikan mixer.
- Dengan menggunakan hand-whisk, masukkan tepung diselang-selikan dengan santan pandan. Gaul satu arah perlahan-lahan hingga adunan sebati.
- Ambil sedikit kelapa parut dan tekankan di dasar acuan biar mampat.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam acuan hingga penuh. Buat sampai habis. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana besar.
- Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.Â
- Picitkan sedikit kaya pandan di atas kuih. Siap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aini Binte Madon (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/