fbpx

Mini Kek Keju Susu: Resipi Mudah untuk Dicuba di Rumah!

iCookAsia
Sambutan rumah terbuka akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran pencuci mulut. Anda boleh mencuba resepi Milk Cheese Cake Mini ini di rumah. Ia juga sesuai disediakan untuk hidangan kepada orang ramai.🍰
Lagi lazat kalau guna Krimer Manis Tarik-Tarik Able Farm. Bertambah lemak kek kita! 🤤
Bahan-bahan
Bahan Dasar Kek:
  • 2 cawan biskut hancur
  • 30 ml Krimer Manis Tarik Tarik Able Farm
  • 4 sudu besar Butter tanpa garam – lembut dicairkan
* Cara: gaulkan butter lembut cair bersama biskut hancur hingga sebati dan masukan Krimer Manis padatkan diam Loyang @ acuan kemudian simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
Bahan Kek:
  • 250 gram cream cheese
  • 135 gram yogurt plain
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 90 gram Krimer Manis Tarik Tarik Able Fram
  • 20 gram Krimer Sejat Tarik Tarik Able Fram
  • 50 gram jem strawberi
  • 20 biji Buah strawberi

Cara Membuat:
1. Sebatikan Cream cheese bersama Krimer Manis dan Krimer Sejat
2. Masukan telur sebiji sebiji
3. Masukan pula tepung gandum sebatikan dan akhir sekali masuk yogurt pukul hingga gebu.
4. Tuang aduanan atas lapisan biskut tadi dan bakar selama 40 minit pada suhu 170’c
5. Apabila masak masuk dalam peti sejuk dalam 30 minit baru keluarkan dari acuan dan boleh dihiaskan.
Untuk mendapatkan produk Able Dairies secara online: https://shope.ee/5V8eDvCYKO
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x