fbpx

Menu Yang Sedap Dan Siap Cepat, Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn

iCookAsia

Sekarang kan musin anak-anak ada jamuan di sekolah. Para ibu mesti pening nak masak apa, anda boleh cuba resepi yang sedap, mudah dan siap cepat ini. Memang sangat sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah anak-anak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Hurun’Iin Malik perkongsian resipi Spagetti Buttermilk Chicken Popcorn ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket spageti

1 tin susu cair

10 ulas bawang putih

Cili padi (ikut kepedasan)

Daun kari

5 sudu besar butter

6 sudu besar tepung gandum

Air masak

Popcorn chicken (goreng guna airfryer)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus spagetti hingga lembut.
  2. Kemudian, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
  4. Masukkan pula 1 tin susu cair.
  5. Seterusnya, tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi dan baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tidak lembik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hurun’Iin Malik(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x