fbpx

Menu Buka Puasa: Ayam Percik

iCookAsia

Ayam Percik pun antara menu wajib juga berbuka puasa

Bahan-bahan
– 1 ekor ayam
– 6 ulas bawang merah
– 8 ulas bawang putih
– 3 batang serai
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 5 biji buah keras
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis
– 1 sudu kecil serbuk jintan putih
– 1 sudu kecil serbuk ketumbar
– 3/4 cawan cili boh
– 1 cawan sos cili
– 80g gula batu
– 1/2 cawan sos tomato
– 3 sudu besar sos tiram
– 1 cawan minyak masak
– 1/2 cawan air
– Garam
– Gula
– 1 cawan lebihan perapan ayam
– 2 batang serai
– 1 cawan minyak masak
– 3 cawan santan

Cara membuat

1. Mula-mula untuk bahan percik, campurkan lebihan perapan ayam bersama minyak dan santan
2. Kisarkan kan halus bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, cili boh, sos cili, gula batu, sos tomato, sos tiram, minyak masak, air, garam dan gula.
3. Kemudian, perapkan ayam dengan bahan kisar tadi selama 1 jam. Balutkan dengan plastik
4. Kepitkan ayam menggunakan buluh pengepit dan panggang ayam tersebut
5. Percikkan ayam dengan bahan percik tadi
6. Selamat mencuba!

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x