fbpx

Menu Ayam Masak Hitam, Masakan Yang Simple Tapi Rasa Yang Padu Dan Mengenyangkan

iCookAsia

Mesti pening nak masak menu apa untuk tengahari atau makan malam kan? Jangan risau lah, ini dia Ayam Masak Hitam yang boleh dicuba. Simple dan ringkas sahaja masakan ini tapi rasa dia mesti sedap punya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nana Azuwan perkongsian resipi Ayam Masak Hitam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1/2 ekor ayam

10 tangkai cili kering

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Halia besar ibu jari

Kicap manis secukup rasa

Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)

Bahan B (Hiasan):

1 biji tomato (potong ikut suka hati)

1 biji bawang besar (potong suka hati)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
  2. Kemudian, potong ayam dalam saiz sederhana dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit serta goreng separuh masak.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis serta bahan yang telah dikisar. Biar sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan ayam goreng tadi, tambahkan kicap manis secukupnya. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk. Biar ia sehingga mendidih.
  5. Masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar.
  6. Akhir sekali, apabila kuah sudah pekat, matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Azuwan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x