fbpx

Memang Sedap Makan Sambal Ayam Penyet Dengan Nasi Panas, Berselera Betul!

iCookAsia

Nak makan Ayam Penyet mesti lah kena ada Sambal yang padu. Baru nikmat dan berselera nak makan. Dengan rasa yang cukup pedas dan sedap, confirm bertambah dan berpinggan makan nasi.

Jom try.

Terima kasih Hayani Fadzlan untuk perkongsian resepi Sambal Ayam Penyet ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A (Tumis):
Bawang holland
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah besar
Lada hijau besar
Cili padi
Tomato

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, lepas semua nampak layu, kisarkan semuanya.
  2. Jika sudah siap kisar, tumis lagi, masukkan 1 kiub ikan bilis, nisan, gula, garam. Biar pecah minyak, nak sedap, masak lama dengan api perlahan.

Untuk ayam, rebuskan ayam dengan menggunakan kiub ayam, baru ayam masak.

Bahan B (Bahan Celup Ayam):
1 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Air sedikit
Gula
Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bagi cair sikit adunan celup ayam.
  2. Kemudian, celup ayam dan goreng dalam minyak yang panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hayani Fadzlan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasia 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x