fbpx

Meh Cuba Resepi Kerabu Sotong Ini, Confirm Puas Hati!

iCookAsia

Kerabu ini makan macam tu sahaja pun dah sedap, apatah lagi disajikan dengan nasi panas atau keropok keping orang Terengganu. Kali ini boleh cuba buat resepi Kerabu Sotong pula, mesti puas hati dengan rasa yang padu dan ngam.

Jom try.

Terima kasih Yani Nadzirah II untuk perkongsian resipi Kerabu Sotong ini 🙂

Bahan- bahan:

1/2 kg sotong 

1 biji bawang besar (siap hiris)

4 biji bawang putih

8 biji cili padi (campur merah dan hijau)

2 biji limau nipis

1 sudu nisan thai (boleh ganti dengan gula biasa jika tiada)

2 sudu sos ikan (nampla)

1 biji tomato

Sedikit daun ketumbar

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1 hingga 2 sudu air rebusan sotong.
  2. Kemudian, tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu
  3. Masukkan nisan thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masak yang dikehendaki.
  4. Boleh rasa mengikut kesesuaian rasa yang diinginkan, masukkan sotong yang sudah ditos dalam satu bekas serta masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama sotong. Gaul rata hingga sebati sampai mesra cili dengan sotong tadi. 
  5. Akhir sekali, tabur tomato yang sudah dipotong dadu dan daun ketumbar yang sudah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yani Nadzirah II(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x