Resipi Mee kicap ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang sudah kehabisan idea nak masak apa untuk dihidangkan untuk keluarga. Caranya cukup mudah namun rasanya memikat selera.
Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Julieta ni.
Bahan :
Mee wantan / Mee Kering @ Dried Noodles
Bawang putih – tumbuk halus
Lada sulah
Sos tiram
Minyak bijan
Kicap pekat
Garam / Gula
Tepung jagung
Daun bawang – hiasan
Ayam :
- Perap ayam dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah. Kemudian goreng.
- Hiris nipis ayam dan ketepikan.
Cara :
- Celurkan mee kering bersama sayur sawi sebentar dan angkat.
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan, kemudian titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
- Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kuahnya kena pekat sedikit. Masak sehingga kuah mendidih dan padam api.
Cara penyediaan :
- Tos mee tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit kuah kicap dan gaul sebati. Hidangkan dalam mangkuk bersama ayam yang telah digoreng tadi bersama sayur. Kemudian tuangkan sedikit lagi kuah kicap dan taburkan daun bawang.
Kredit resipi & foto : Cik Puan Julieta
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/