fbpx

Mee Kicap Resipi Arwah Papa, Serius Sedap. Tak Sedar Habis Satu Kuali

iCookAsia

Rindu kepada yang telah pergi memang tidak berpenghujung, hanya memori bersama dapat dikenang kembali. Sama seperti perkongsian Nurul Wada Adilah Azmi, air tangan arwah papa menjadi memori paling indah buatnya sekeluarga.

Jelasnya, resipi ini diolah sendiri arwah bapa, Haji Azmi bin Abd Aziz, jadi tentunya resipi ini cukup istimewa dan berharga. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi bekalan saham buat arwah di sana.

“Mee kicap arwah papa, dari 2010 smpai 2020 baru dpt makan mee kicap… Sejak papa sakit dah xdpt makan dah mee kicap ni. Dulu slalu tolong papa masak mee ni, so dpt jgk la resepi nya. Tp klau papa masak meriah, ada udang sotong bagai. Ni masak apa yg ada je la. Tgh sakit2 ni tiba2 mengidam pulak nak makan mee ni. Patut nya ni menu utk raya haji, tp di sebab kan 1 family dah x sht, ibu yg bawak virus, so xdpt la kita beraya jumaat ni…terasa sedih bila mkn mee ni, sbb teringat dekat arwah papa. Rasa nya ni resepi yg arwah reka kot, sbb xpernah jmpa dekat mana2 pun mee ni. Alfatihah buat hj.azmi bin abd aziz.

“Makan sekali dgn mee kicap ni, mmg terangkat la…1 kuali pun xsedar blh mkn smpai habis…hehe)”

 

Bahan :

Bawang putih & Halia – tumbuk halus

Sos tiram

Kicap manis

Tepung jagung

Carrot, Baby corn, Sawi, Kobis bunga – optional

Daging – rebus dan simpan air untuk buat kuah

Ayam, Sotong, Udang – optional

 

Hiasan :

Timun

Cili Padi

Sos tomato

 

Cara :

  1. Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  2. Kemudian masukkan air daging dan daging yang sudah direbus.
  3. Masukkan sayuran yang keras dahulu seperti lobak merah, baby corn dan kobis bunga. Selepas lembut, baru masukkan isi ayam.
  4. Masukkan pula sos tiram dan kicap manis. Boleh letakkan sedikit air jika pekat sangat.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Apabila kuah agak pekat, masukkan udang atau sotong dan gaul rata.
  6. Akhir sekali baru masukkan mee kuning yang telah dicelur. Masukkan bersama bahan hiasan dan gaul rata.

Kredit resipi & foto : Nurul Wada Adilah Azmi

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x