Jika ke Indonesia, memang tidak sah kalau tidak cuba street food di sana kan? Semuanya mantap habis, murah pula tu.
Kali ini, resepi perkongsian Hurun’Iin Malik ini inspirasi dari Indonesia menggunakan NuMee Gardenia. Ngammm.
Bahan-bahan:
1 paket NuMee (celur)
Sayur sawi (celur)
1 mangkuk isi ayam (potong kecil)
6 ulas Bawang putih (Cincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Daun bawang (hiris)
Cara-cara:
1. Celur NuMee hingga lembut.
2. Celur sawi sehingga masak.
3. Tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan isi ayam.
4. Masukkan 1 sudu besar sos tiram dan kicap pekat, perasakan dengan garam dan masukkan air ikut kepekatan yang disukai dan biarkan ayam masak.
5. Cara makan, masukkan mee ke dalam mangkuk, letak sayur sawi, letak ayam tadi dan hiaskan dengan daun bawang.
Sumber : Hurun’Iin Malik