Nak hidangan yang simple tapi sedap? Boleh cuba buat Terung Berlada ini untuk santapan makan malam. Nak buat pun mudah sahaja dengan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Lagi sedap bila terung tersebut digoreng terlebih dahulu, mesti bertambah makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Saidatul Arnie perkongsian resipi Terung Berlada ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Terung pendek (dibasuh dan dibelah tengah digoreng kemudian ditoskan)
Serai (dititik)
Daun limau purut (disiat-siat)
Garam
Gula
Sedikit perasa (secubit rasa kalau nak letak)
Sedikit air asam jawa
Bahan B (Tumbuk kasar):
Cili besar merah
Cili kecil atau cili padi
Bawang besar
Bawang kecil
Bawang putih
Sedikit belacan
Udang kering
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk kasar bahan B, baru sedap.
- Kemudian, tumiskan bahan tersebut sehingga naik bau wangi dan layu.
- Masukkan juga serai yang telah dititik. Kacau dan masukkan sedikit air asam jawa.
- Masukkan sekali garam, gula dan perasa jika mahu.
- Seterusnya, masukkan pula daun limau purut yang telah disiat-siat. Kalau nak lebih kuah, masukkan sedikit air. Biarkan ia mendidih sekejap.
- Akhir sekali, masukkan pula terung yang telah ditoskan tadi dan biarkan sekejap supaya samba; berlada sebati dengan tepung. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Saidatul Arnie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity