fbpx

Masakan Simple Tapi Confirm Berpinggan Makan Nasi, Ini Dia Resepi Kerisi Masak Asam

iCookAsia

Ikan Kerisi dibuat goreng biasa pun dah sedap apatah lagi jika dimasak menjadi lauk-pauk. Jadi, anda harus cuba resepi ini, nak masak untuk tengahari sangat sesuai. Yang penting, makan dengan nasi panas, confirm kenyang dan puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Roslinda Razak perkongsian resipi Kerisi Masak Asam ini 🙂

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerisi

6 biji cili padi

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 cawan air asam jawa

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit minyak untuk menggoreng

Sedikit garam dan gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga garing dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang dihiris. Tumis sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan air asam jawa dan biar hingga mendidih.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, garam dan gula secukupnya. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roslinda Razak(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x