Kerabu kerang ini sudah tidak asing lagi, lebih-lebih lagi di negeri Utara. Memang sedap dimakan dengan nasi. Kalau ratah pun sedap. Buat anda yang tak pernah cuba lagi, boleh lah ikut perkongsian resipi di bawah ini.
Terima kasih Muhammad Zakwan untuk perkongsian resipi Kerabu Kerang Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg kerang
5Â biji cili api (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
1 inci belacan (dibakar dan ditumbuk bersama cili)
3 biji limau kasturi
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos ikan
1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 ulas bawang merah hiris nipis
Daun ketumbar
Cara membuat:
- Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
- Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Itu pun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabuÂ
- Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
- Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
- Akhir sekali, perahkan limau kasturi, campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati. Â
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Zakwan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/