fbpx

Masakan Gulai Udang Nenas, Rasa Sedap Yang ‘Kick’

iCookAsia

Anda peminat Udang dan Nenas? Resipi Gulai Udang Nenas yang mudah ini khas untuk anda. Makan pula bersama nasi putih panas panas… memang sedap. Jom cuba resipi daripada Chef Lin ni.

Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak
300g udang sedang
150g nanas dadu
150ml santan (1/2 kelapa)
2 sudu kecil air asam jawa
3 helai daun limau purut
Air, garam, gula secukupnya

Bahan Kisar:
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 batang serai
1 biji buah keras
1/2 inci belacan

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak atas api sederhana.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air, udang dan nanas. Air hendaklah sama paras. Kacau.
Tutup periuk.
4. Biar stim keluar selama 3 minit kemudian perlahankan api.
Buka penutup.
5. Masukkan santan, asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
6. Masak sehingga mendidih.

Sedia untuk dihidang !

Dapatkan produk SHEFU ‘Low Pressure Cooker’ di https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x