fbpx

Masakan Daging Blackpepper Yang Simple Tapi Boleh Buat Terliur. Cuba Tau!

iCookAsia

Mesti pening kan nak masak apa untuk lauk tengahari? Tak perlu risau dah. Cuba buat resepi Daging Blackpepper ini. Mudah, simple dan yang penting sedap. Makan dengan nasi panas lagi mantap rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Farhana Mispan perkongsian resipi Daging Blackpepper ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Minyak masak (untuk menumis)

Daging (lebih kurang sekilo)

3 sudu sos lada hitam

1 sudu kecil kicap manis

Sedikit garam dan perasa

Sedikit air (Untuk lembutkan daging)

Sayur-sayuran (Boleh letak sayur apa sahaja)

Bahan B (Tumis):

1/2 biji bawang merah (hiris nipis)

3 ulas bawang putih (hiris nipis)

2 inci halia (hiris nipis)

2-3 sudu besar lada hitam (tumbuk)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumis bahan B sehingga layu.
  2. Masukkan daging dan sos lada hitam. Gaul dan tumis sekejap.
  3. Kemudian, masukkan air paras daging. Biarkan ia sampai empuk.
  4. Masukkan kicap, garam dan perasa. Kalau tidak cukup empuk, masukkan air lagi.
  5. Seterusnya, apabila agak-agak sudah masak dan kuah sudah nak kering, masukkan sayur-sayuran. Tutup kuali atau periuk. Tutup api. Biar dalam beberapa minit.
  6. Akhir sekali, boleh tabur hiasan dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farhana Mispan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x