fbpx

Masak Udang Kung Pao Dengan Mudah. Hidangan Style Cina Ni Sedap Kalau Buat Sendiri.

iCookAsia

Ada peminat makanan masakan Cina, Kung Pao ini? Mudah Je nak buat ini. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan SHEFU 28cm Energy Saving Deep Fry Pan. Tak perlu beli diluar, cara Chef Lin ni pun dah sedap.

Bahan-bahan:
4 sudu besar minyak
½ biji Holland, dipoptong
1 inci halia, dihiris nipis
6-8 tangkai cili kering, digunting ½ inci
½ cili benggala hijau, didadu
400g udang sedang
½ cawan gajus panggang
4 tangkai daun bawang, dipotong 1 inci

Bahan Sos:
3 sudu besar kicap cair
½ sudu besar cuka epal*
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar gula
¼ cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, dicampur ¼ cawan air

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis halia sehingga wangi.
2. Masukkan bawang, cili kering dan cili benggala hijau.
3. Apabila naik bau, masukkan udang dan kacau sehingga masak.
4. Masukkan bahan sos. Kacau sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan gajus dan daun bawang. Kacau dan angkat.

Nota: Cuka epal atau cider vinegar boleh digantikan dengan cuka bias.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x