Makanan yang menggunakan tempoyak memang banyak, tapi antara yang paling disukai ramai adalah Tempoyak Ikan Patin. Di Pantai Dalam, Kak Nik Patin House telah berjaya memikat ramai pelanggan dek kerana kesedapan ikan patin tempoyak beliau. Rata-rata pelanggan yang datang ke situ pasti berpuas hati dengan masakan beliau.
Yang paling terkenal di sini sudah semestinya Ikan Patin Tempoyak. Ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk rasa hidangan yang sangat sedap dan padu ini. Bukan itu sahaja, Ikan Patin Tempoyak ini dimasak fresh dari pagi untuk dapatkan kesegaran ikan tersebut.
Kalau nak tahu dengan lebih kanut, di Kedai Makan Kak Nik Patin House ini menyajikan lebih dari 10 jenis lauk dengan harga yang berpatutan. Tak perlu pening kepala nak makan lauk apa, tinggal pilih sahaja. Antara lauk yang disediakan lagi adalah ikan-ikan sungai yang memang terbukti fresh diambil dari Sungai Pahang. Jauh merantau kan?
Ada pelbagai lauk-pauk yang lain disediakan di Kak Nik Patin House seperti kerabu, udang galah masak lemak, ikan tonggol masak singgang, ketam masak lemak, ayam kampung, talapia goreng dan ulam-ulaman. Restoran Kak Nik Patin House memang sentiasa ramai lagi-lagi waktu makan tengahari. Ikan-ikan yang dihidangkan semuanya segar belaka. Memang berselera lah kalau datang sini!
Paling best, kalau teringin sangat nak makan tapi jauh, Kak Nik Patin House juga menyediakan servis penghantaran melalui Lalamove.
Jadi, kepada sesiapa yang craving ikan patin masak tempoyak boleh singgah di Kak Nik Patin House!
☎️ 012-953 9274
📍Lokasi » Kak Nik Patin House
LOT 28349 JALAN MASJID KG PANTAI DALAM, Kuala Lumpur, Malaysia
⏰ Waktu Operasi » 11.00 pagi hingga 10.30 malam (Ahad tutup)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity
Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.my
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my