fbpx

Masak Siap-Siap Sambal Kentang Ikan Bilis Ni Sebelum Tidur. Sahur Nanti Senang, Bangun Terus Makan. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Hidangan untuk sahur amatlah penting untuk mengekalkan tenaga kita sepanjang hari berpuasa ini. Sudah nama nya orang Melayu, pasti sahur tidak lengkap tanpa Nasi bukan? Jadi bila dimakan bersama Nasi pasti memerlukan lauk-pauk. 

Jangan bimbang, disini Admin kongsikan hidangan Sambal Kentang Ikan Bilis yang sedap dan mudah untuk juadah sahur anda. Buat banyak-banyak, boleh simpan dalam peti ais dan simpan lama. Cuma pastikan disimpan dalam bekas kedap udara tau!

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Sambal Kentang Ikan Bilis ini 🙂

Bahan-bahan:

4-5 biji kentang – dihiris sederhana tebal

5 ulas bawang merah – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

5 sudu besar lada boh

1 keping asam keping atau air asam jawa

Segenggam ikan bilis – digoreng 

Gula

Garam

Secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Goreng kentang dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar iaitu bawang merah dan bawang putih bersama lada boh, sampai naik bau dan lada cukup masak.
  3. Masukkan garam, gula dan secukup rasa. Letakkan sekeping asam keping atau sedikit air asam jawa.
  4. Bila sambal dah cukup masak, masukkan kentang tadi. Gaul rata dan tutup api. Akhir sekali masukkan ikan bilis, gaul sekali lagi. (Tips untuk ikan bilis kekal rangup, gaul atas darat).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x