fbpx

Masak Sambal Tumis Udang Petai. Jangan Lupa Untuk Masukkan Jus Asam Jawa Juga Untuk Bertambah Sedap.

iCookAsia

Tidak ramai yang suka makan Petai. Tetapi, kalau anda berasal daripada perkampungan, mesti gemar akan masakan yang menggunakan Petai. Kalau anda suka petai, sudah tentu anda akan suka masakan Sambal Tumis Udang Petai ini. Dimakan pula dengan Nasi Lemak, atau nasi putih panas-panas, wow, menyelerakan sangat. 

Haa, jom check ada tak petai dirumah. Kalau ada, boleh la buat masakan ini. Tak rugi tau!

Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Sambal Tumis Udang Petai ini 🙂

Bahan-bahan:

10 ekor udang saiz besar, cuci bersih

(buang kepala dan tinggalkan ekornya)

2 papan petai, ambil isinya.

1 ulas bawang besar, hiris kasar

1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)

3/4 sudu besar cili kisar

Garam dan gula secukup rasa 

Bahan untuk ditumbuk:

1 ulas bawang besar

2 ulas bawang putih

1 cm belacan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  4. Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. 
  5. Matikan api. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x