Anda sedang berjinak-jinak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat? Kalau ya, kandungan gula dan garam sangatlah perlu untuk anda kurangkan. Tidak lupa juga untuk mengamalkan ‘suku-suku, separuh’ dalam setiap hidangan anda.
Disini Admin kongsikan satu hidangan yang tanpa menggunakan garam dan gula, tetapi cukup mengenyangkan. Dimasa bersama nasi, menjadikan nasi itu lebih serap rasa ayam yang digunakan. Teliur tak tengok?
Terima kasih Nadiah Halim untuk perkongsian resipi Nasi Ayam Hainan ini 🙂
Nasi Ayam (10 Orang Makan)
Bahan-bahan:
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air
4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
Cara memasak:
- Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang di atas sekali.
- Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali.
- Ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nadiah Halim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos