Raya mungkin tidak semeriah dahulu tapi anda boleh menyambut dengan memasak pelbagai hidangan. Masakan tradisional atau warisan terutamanya, patut di cuba. Seperti Ayam Ungkep ini. Hidangan atau menu daripada kaum orang Jawa. Tidak ramai tahu tetapi ianya sangatlah sedap. Dibuat dengan cara kuah yang kering dan dimakan bersama Nasi putih panas-panas, memang confirm kenyang perut anda! Jom belajar masak.
Terima kasih Muhammad Zakwan untuk perkongsian resipi Ayam Ungkep ini 🙂
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 batang cili hijau
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan
1 keping asam garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Ayam dibersihkan dan buang lemaknya.
2. Bahan-bahan segar (kecuali serai) dipotong kasar dan dikisar. Boleh tambah cili padi jika suka pedas.
3. Tumis sehingga warna putih bertukar ke hijau (sehingga naik bau).
4. Nampak dah hijau, masukkan jintan dan biji ketumbar.
5. Masukkan ayam dan tambah air di dalam kuali. Perasakan dengan garam. Kecilkan api, tutup kuali dan reneh sehingga air kering.
6. “Ungkep” adalah menu jawa dan tunggu sampai kuah betul- betul kering dan sebati dengan ayam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di masak, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Zakwan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos