fbpx

Masak martabak macam di bazar? Boleh cuba resepi ni…

iCookAsia
Siapa yang suka murtabak di sini? ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Korang nak cuba buat sendiri tak martabak yang pasti jadi sama macam dekat bazar tu.. Jom cuba resepi yang KEWPIE share ni, pasti korang ketagih nak buat lagiii !
Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 300 gm daging kisar
  • 1 liter air
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 6 sudu besar KEWPIE Cheesy Cheese Sandwich Spread
  • 2 tangkai daun sup (dihiris)
  • 2 biji telur
Bahan Pembalut:
  • 1 peket kulit popiah (saiz besar)
Cara membuat inti:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan kentang. Tumis sehingga naik minyak. Tambah air. Renehkan sehinggga sedikit kering.
3. Masukkan KEWPIE Cheesy Cheese Sandwich Spread dan gaul rata.
4. Taburkan daun sup, masukkan telur, gaul rata dan matikan api.
Cara membuat murtabak:
1. Keluarkan kulit popiah dari bekas (2 lapisan).
2. Leperkan dan letakkan inti diatas kulit popiah tadi, lipat berbentuk petak.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng sehingga garing.
4. Balik balikkan sehingga masak sekata.
5. Angkat dan potong dadu, sedia untuk dihidangkan.
ย Untuk dapatkan barangan KEWPIE secara online boleh tengok disini: KEWPIE
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x