Bahan yang diperlukan:
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
3 batang serai diketuk
2inci Lengkuas diketuk
20-30 biji Cili Padi dikisar
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 mangkuk santan Pekat
½ kiub Pati Ikan Bilis
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit di hiris kasar
2 helai daun limau purut
Sedikit garam
3 biji telur masin (Telur Itik)
Cara membuatnya:
1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali
2. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas, cili, dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan santan, pati ikan bilis, asam gelugur, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit garam. Didihkan sambil dikacau selalu
4. Akhir sekali masukkan telur masin sebiji demi sebiji, tutup kuali dan biarkan mendidih sekali lagi. Kacau rata dan masak lemak cili padi telur asin sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!