fbpx

Masak Ikan Siakap Stim Dengan Aroma Yang Sedap Dan Menyelerakan

iCookAsia

Resepi ikan siakap yang cukup menyelerakan. Kaedah stim ini sangat bagus untuk kita kerana ia menyihatkan. Bukan itu sahaja, penggunaan minyak yang tidak banyak dan aroma bahan-bahan lebih menyerlah dengan kaedah ini. Sajian ini juga sesuai untuk dimakan sebagai menu makan tengah hari atau malam.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 ekor siakap (dibuang sisik dan di basuh dengan air asam)

1 biji halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)

1 biji bawang besar (dihiris nipis)

1 sudu perahan limau nipis

Garam secukupnya

Bahan B (Untuk Kuahnya):

1 batang serai (diketuk)

1 biji bawang (dihiris nipis)

1 biji halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)

3 bji cili padi (diketuk)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan

Garam dan gula secukupnya

1 biji limau nipis (dipotong bulat nipis)

1 1/2  cawan air

1/2 cawan air tepung jagung

2 tangkai daun sup (untuk hiasan)

2 biji cili merah (untuk hiasan)

Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Mula-mula letakkan ikan di atas aluminium foil dan gaul bersama sedikit garam. Kemudian taburkan bawang besar, halia serta perahan limau nipis dan kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.
  2. Untuk menyediakan kuahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan serai, bawang besar, halia, cili, sos tiram dan  sos ikan. 
  3. Tumis semua bahan sehingga naik bau. 
  4. Kemudian masukkan limau nipis, air, garam, gula dan air tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar sambil dikacau sehingga pekat. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus dan hiaskan bersama daun sup serta cili merah.
  5. Akhir sekali, ikan siakap stim sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x