fbpx

Masak Hidangan Shell Out Di Rumah. Rasa Sebijik Macam Di Restoran Mahal!

iCookAsia

Anda penggemar Seafood? Pasti rindu akan hidangan ala Shell Out kan? Jangan risau, kini dirumah pun anda boleh buat sendiri tau masakan ini. Dengan menggunakan 32cm Nonstick Aluminium Wok daripada SHEFU ini, confirm tak ada hal punya lah! Jom cuba resepi Shell Out daripada Chef Lin ini.

1 kg ketam
½ kg sotong
½ kg udang
½ kg kupang
2 biji jagung manis, potong 4 & rebus
2 batang lobak merah, dipotong
2 cawan kelopak brokoli, diceraikan berkelopak
2 cawan kelopak bunga kubis, diceraikan berkelopak

Bahan Kuah:
¼ cawan minyak
6 biji bawang merah }
6 biji bawang putih } dikisar
1 inci halia }
1 sudu besar pes cili
3 batang serai, diketuk
3 cawan air
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar serbuk kari ikan + air jadi pes
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
1 sudu besar stok ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar tepung jagung + air jadi pes

Cara Membuat:
1. Celur ketam, sotong, udang dan kupang berasingan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan pes cili sehingga naik minyak.
3. Masukkan semua bahan lain.
4. Apabila mendidih, masukkan lobak, brokoli, bunga kubis dan jagung.
5. Tutup dan masak sehingga empuk.
6. Masukkan ketam, sotong, udang dan kupang. Kacau sebati.
7. Masukkan kicap dan air tepung jagung. Kacau sehingga pekat.

Nota: Jika ingin mencairkan kuah, tambah air panas.

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x