Admin pasti, dalam setiap keluarga sentiasa beli daging Burger di pasaraya kan? Dan sudah tentulah anda buat daging ini untuk hidangan Burger. Betul tak? Untuk menu apa lagi kan?
Haa, seperti seorang pengguna Facebook ini. Beliau menggunakan Daging Burger menjadi satu lauk atau masakan. Dipotong petak atau ikut suka dan membuat hidnagan Sweet Sour. Kreatif kan? Jom cuba!
Terima kasih Leha Yusuf untuk perkongsian resipi Daging Burger Sweet Sour ini 🙂
Bahan-bahan:
2 daging burger ayam/daging lembu
3 ulas bawang putih (hiris halus)
Sedikit bawang besar (hiris)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
4 biji baby tomato
2 biji cili padi (pecahkan je)
Sedikit daun bawang
Cara memasak:
- Memula goreng dulu daging burger kat pan dulu. Panaskan minyak, masuk kan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. Lepas tu masuk kan sos tiram, sos cili. Gaul mesra dan masukkan daging burger, baby tomato, daun bawang.
- Kacau rata dan masukkan sedikit garam.
“Kak Ya masak nie boleh makan 2 atau 3 orang juga. Makan dengan nasi panas, comfirm laju je”
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Leha Yusuf (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos