fbpx

Masak Bubur Pulut Hitam Dalam Rice Cooker Dahulu Sebelum Masak Atas Api. Boleh Dihidang Waktu Moreh. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Sudah menjadi tradisi orang Malaysia di mana selepas sahaja menunaikan ibadah sunat Terawih, ada sahaja hidangan yang tersedia, lebih-lebih lagi jika anda pergi menunaikan solat di masjid atau surau. Selain bubur lambuk, Bubur Pulut Hitam juga menjadi kegemaran ramai untuk Moreh. 

Senang sahaja nak buat Bubur Pulut Hitam ini. Asal kena cara, pasti jadi. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau mengajar cara membuat hidangan ini dengan lembut dan sedap. Jom belajar buat. Dah mahir, boleh la kita jamu pada jiran tetangga kan?

Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Bubur Pulut Hitam ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. Basuh pulut hitam bersih bersih. Masukkan dalam rice cooker, masukkan air agak-agak 2 kali banyaknya dari pulut, selepas itu, pasang periuk.

Serious wei, kejap je dah elok lembut dan kembangnya. Kurang dah masa korang nak merebus. Jimat gas 👍”

  1. Kemudian, Cik No tukar periuk, sebab nak pindah atas dapur gas. Masukkan santan, daun pandan, gula dan sedikit garam dalam periuk tadi. Hidupkan api dapur, kacau sahaja bubur sampai elok mendidih. Guna api sederhana.
  2. Apabila sudah siap, sejuk kan dulu. Selepas itu, boleh masukkan dalam peti kalau nak makan sejuk. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x