fbpx

Masak Ayam Goreng Salut Serbuk Kari. Layan Habis Kalau Makan Dengan Kari Kosong. Pergh, Sedap!

iCookAsia

Anda dah bosan masak ayam goreng salut kunyit sahaja? Mari lihat perkongsian resipi seorang pengguna Facebook ini dimana beliau menggunakan serbuk kari dalam masakan ini. Nampak macam ayam goreng berempah kan? Tapi rasa yang berlainan, dan mesti lagi sedap!

Terima kasih Bella Shabudin untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Kari ini đŸ™‚

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

(Bahan A)

3 ulas bawang putih

1 inci halia

5 tangkai cili kering

5 sudu makan serbuk kari

1 sudu makan lada sulah

Garam secukup rasa

(Bahan B)

1 biji telur

1 tangkai daun kari

6 sudu makan tepung jagung

6 sudu makan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Kisar ke semua bahan A.
  2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
  3. Perap selama sejam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  5. Sedia dihidangkan.

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! đŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Bella Shabudin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x