fbpx

Manisan Dari Melaka, Kuih Tepung Puli. Makanan Tradisi Yang Rasa Macam Dodol Kukus.

iCookAsia

Serupa tapi tidak sama. Ini dia Kuih Tepung Puli yang dipercayai makanan manisan yang berasal dari Melaka. Rupanya seperti Laksam, tapi bukan. Ianya berwarna warni dan mempunyai perisa. Kata seorang pengguna Facebook ini, sedap seperti Dodol Kukus. 

Jarangkan nampak Kuih ini? Katanya, tidak ramai orang sekarang ini tahu kuih ini. Jadi, jika anda tidak mahu kuih ini lapuk dek zaman, jom sama-sama belajar untuk buat Kuih ini. 

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Tepung Puli ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

1 1/3 cawan tepung ubi

1 cawan gula (ikut citarasa)

2 1/2 cawan santan

½ sudu kecil garam

Sedikit pewarna pilihan

Sedikit perisa pilihan (optional)

*Boleh guna emulco pandan untuk adunan hijau.

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali pewarna hingga sebati. Tapiskan. 
  2. Bahagikan kepada dua bahagian, letakkan pewarna dan perisa pada salah satunya dan kacau sebati.
  3. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada loyang. Letakkan 2 senduk adunan bewarna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api sederhana.
  4. Setelah lapisan berwarna masak, sendukkan 2 senduk adunan putih ke atas adunan yang berwarna. Kukus selama 10 minit.  
  5. Tunggu suam, gulung Kuih dengan kemas. Potong kepada saiz yang dikehendaki menggunakan pisau plastik, kuih dipotong cantik dan tidak melekat. Sedia untuk dinikmati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x