Resepi ini disediakan oleh Ain Aziz.
Bahan-bahan:
3 cawan air
2 cawan makaroni
2 sudu besar minyak
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
5 keping cheddar cheese
Cara membuat:
1. Didihkan Air
2. Masukkan makaroni & minyak
3. Apabila makaroni siap direbus, ketepikan dahulu
4. Panaskan kuali & masukkan butter
5. Selepas butter cair, masukkan tepung gandum
6. Kacau rata & masukkan susu
7. Bila bahan sudah hampir pekat, masukkan lada hitam & garam
8. Masukkan cheddar cheese
9. Last masukkan makaroni. Kacau rata & siap untuk dihidang