Dapat makan Pulut Mangga untuk berbuka pun best juga kan? Bukan itu sahaja, dengan cuaca yang panas dan rasa dahaga, mesti rasa nak sesuatu yang manis dan sedap kan. Jadi sesuai sangat tau buat hidangan ini, mudah pula tu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Iza Abu Bakar perkongsian resipi Pulut Mangga ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
3 biji mangga (potong ikut suka)
2 cawan beras pulut (rendam semalaman atau 4 jam)
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (carikkan)
Cara membuat:
- Mula-mula, tos pulut dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
- Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.
- Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Bahan B (Kuah Santan):
1/2 cawan santan kotak (Boleh guna jenama Saji)
1 cawan air
1 sudu kecil garam – mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga hampir mendidih.
- Pastikan untuk kacau agak kerap supaya santan tidak berketul. Guna api kecil tau.
- Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit sedikit dan masak hingga kuah nampak agak pekat.
- Tutup api. Dah boleh dihidangkan bersama pulut dan mangga tadi.
Nota tambahan:
- Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat seimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan kuah santan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity