Fuh memang sedap makan Punten dengan sambal bilis hijau. Ibarat makan nasi impit tau. Tahu-tahu dah habis. Baik buat sendiri lagi puas hati, dapat makan banyak. Confirm berselera makan cicah dengan sambal hijo padu.
Jom try.
Terima kasih Atika Aula untuk perkongsian resipi Punten ini 🙂
@atika_aula Replying to @nurulizzaticheman Punten Salah satu makanan orang jawa 😋 Cara masak macam nasi lemak, cuma sambal je warna hijau.. Korang pernah makan tak? #punten #puntenmakananjawa #nasipunten #nasipuntendnsambalhijau #sambalhijau ♬ Lemak Manis – 🇲🇾Mr. Zam
Bahan- bahan:
Bahan A:
Beras
Daun pandan
Santan
Mushroom seasoning
Cara membuat:
- Mula-mula, basuh beras dan masukkan sekali daun pandan, santan dan mushroom seasoning.
- Kacau dulu biar sama rata.
- Bila dah sama rata, waktu masih panas terus tumbuk halus.
- Kemudian, bentukkan mengikut suka.
Bahan B:
Bawang putih
Bawang merah
Cili api hijau
Belacan (Dibakar)
Ikan bilis
Asam jawa
Mushroom seasoning
Garam pink
Pemanis lakanto (ganti gula putih)
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan kesemua bahan tersebut.
- Seterusnya, tumiskan dengan menggunakan minyak yang banyak dan biarkan ia garing. Kalau taknak halus, boleh kisar sekejap atau tumbuk.
- Dah siap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Atika_Aula(TikTok)
Boleh guna periuk, senang kerja nak masak. Meh tengok sini: https://shope.ee/7UqO2Ght7C
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos