Jika sebelum ini cheese tart akan menjadi menu wajib setiap kali sambutan majlis kan? Tapi sekarang ramai beralih kepada Cheesecake ala New York Cheesecake dalam bentuk yang lebih comel dan mini.
Cara membuatnya juga lebih mudah dan tidak renyah. Lupakan crust cheesetart, terus tuangkan adunan dalam mini cupcake dan sedia untuk dibakar. Mudah kan?
Terima kasih Hani Che Lin atas perkongsian resipi. Menurutnya Cheesecake ini merupakan antara jualan yang paling laris. Wajib cuba okay.
Bahan :
500 gm Cream cheese
250 gm Whipping cream
3 biji Telur gred B
180 gm Gula castor
5 sb Tepung naik sendiri
1/2 sk Esen vanila
135 gm cawan Yogurt plain – bekas kecil
Cara :
- Putar cream cheese dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanilla dan yogurt. Putar sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
- Selepas itu masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung dan putar perlahan sampai sebati.
- Masukkan adunan dalam piping dan paipkan ke dalam acuan. Boleh letakkan filling yang disukai. Jika tak letak pun tak apa.
- Bakar pada suhu 150c menggunakan api atas bawah dengan teknik waterbath/steam bath selama 40 minit.
- Selepas siap dibakar, terus keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais lebih daripada dua jam dan sedia untuk dimakan. Tekstur kek ini agak lembik. Jadi jika ingin bawa berjalan jauh, simpan lebih lama dalam peti ais.
Kredit resipi & foto : Hani Che Lin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/