fbpx

Resepi Lopes Pulut Resepi Tradisional Johor

iCookAsia

Resepi ini diambil daripada buku Citarasa Johor hasil kerja daripada Datin Kalsom dan Datin Hamidah. Buku ini telah memenangi “Best in the World” dalam kategori Culinary Heritage di Gourmand International World Cookbook Awards 2015.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan cara berhubung dengan kami di Facebook iCookAsia https://www.facebook.com/icookasia

Anda juga boleh menikmati hidangan ini di Restoran Selasih, Johor Bahru. Sila hubungi  +607-219 9999 atau emel sales@puteripacific.com untuk membuat tempahan.

Bahan-bahan
20 keping daun pisang (7.5cm x 30cm) – bersihkan dan celur ke dalam air panas dan kesat kering
Tali rafia

Penyediaan pulut
1 kg pulut
1 sdt kapur
Air

Bahan-bahan air gula
400 gm gula melaka
8 sdb gula pasir
5 cawan air
2 keping daun pandan – disiat dan ikat simpul

Untuk campuran kelapa
500 gm kelapa, parutan putih sahaja
Secubit garam

Cara membuat

  1. Cuci pulut dan rendam dalam air kapur selama setengah jam. Basuh dan tos.
  2. Lipat daun pisang seperti kelongsong segi tiga dan masukkan beras pulut. Lipat ke hujung hingga berbentuk segi tiga. Ikat kuat-kuat dengan tali rafia. Ulangi proses sampai habis semua pulut.
  3. Didihkan air dengan sedikit garam. Masukkan bungkusan lopes ke dalam air dan rebus selama 20-25 minit (mengikut saiz lopes) sampai masak. Keluarkan dan biar sejuk.
  4. Untuk membuat air gula, campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sampai gula hancur dan pekat. Tapis ke dalam mangkuk sos.
  5. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam dan kukus selama 5 minit. Biarkan sejuk.
  6. Untuk dihidang, buka satu dua lopes dari sarungnya. Dilumur dengan campuran kelapa dan atur di atas piring. Tuang air gula melaka di atasnya.

Selamat mencuba!

Nak beli barang dapur yang berkualiti? Jom shopping di – https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x