Bahan-bahan:
1 pinggan nasi Impit di potong dadu
1mangkuk daging kisar
5 sudu besar Udang Kering (dikisar halus)
6 sudu besar Cili boh
12 sudu besar Sos Tiram
Kicap Lemak Manis secukup rasa
Minyak secukupnya
5 ulas Bawang putih (dicincang kasar)
½ biji Bawang Holland (dipotong dadu)
2 biji Bawang merah (dihiris nipis)
Garam secukup rasa
½ batang Lobak Merah dihiris
4 batang Kacang Panjang dihiris
Cara membuatnya:
- Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang Holland, tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan cili boh dan sos tiram, tumis lagi sehingga naik minyak (masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering). Masukkan pula daging kisar dan udang kering, kacau rata sehingga daging masak.
- Masukkan lobak, kacang panjang, nasi impit, kicap dan sedikit garam. Kacau rata
- Lontong goreng sedia untuk dihidang.