fbpx

Letak Gula Kastor Dalam Resepi Kuih Tepung Pelita Ini. Rasa Lebih Sedap Dan Manis. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Tepung pelita ini antara kuih tradisi yang sangat lah popular ketika bulan puasa. Tak sah kalau tak pergi membeli atau dapatkan kuih ini di bazaar ramadan, betul tak? Tetapi, semenjak musim PKP pada tahun lepas, bazaar pun tiada. Ramai yang sudah cuba belajar buat kuih ini sendiri di rumah. Mungkin jika anda rasa susah untuk buat, lebih-lebih lagi dengan menggunakan daun pandan, jangan risau. Mengikut resepi di bawah, pengguna Facebook ini hanya menggunakan bekas bungkusan plastik seperti biasa sahaja. Hasilnya tetapi sedap! Jom cuba. 

Terima kasih Dapur Kakhajjah untuk perkongsian resipi Kuih Tepung Pelita ini 🙂

Bahan-bahan:

(Untuk bahagian hijau)

2 cawan gula

1 cawan tepung beras 

4 cawan air pandan 

1 sudu besar pewarna hijau 

 

(Untuk Bahagian Putih)

4 sudu besar tepung beras

900 ml santan kelapa

1 sudu kecil garam

Caranya:

  1. (Masak Bahagian Hijau). Mula-mula satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk. Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul. Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah.
  2. (Tuang Dalam Bekas).Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam bekas yang disukai. 
  3. (Masak Bahagian Putih). Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas. Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meletup.
  4. (Tuang Atas Bahagian Hijau). Bila bahagian putih yang dimasak itu sudah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau. Tuang panas-panas ya.

Tips tambahan: Tabur rata gula kastor di setiap bekas sebelum letak bahan hijau. Jadi lagi sedap bila gula tu cair dan manis. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dapur Kakhajjah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x