fbpx

Lepat Ubi Kayu. Wajib Buat Untuk Minum Petang. Sedapnya.

iCookAsia

Siapa sangka mudah sebenarnya cara untuk menyediakan lepat ubi kayu. Jadi selepas ini bolehlah rajin-rajinkan diri ‘bertukang’ di dapur untuk menyediakan kuih untuk hidangan petang.

Terima kasih Ruzana Ramli atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

3 cawan Ubi kayu yang diparut

1 cawan Air gula merah

1 cawan Santan

3 sb Gula

Daun pisang secukupnya – layur atas api

2 helai Daun pandan

 

Cara :

  1. Parut ubi kayu dan perah. Ketepikan.
  2. Masak gula merah atau gula pasir bersama satu cawan air dan daun pandan. Kemudian tapis.
  3. Masukkan air gula dan santan ke dalam adunan ubi kayu dan kacau sebati.
  4. Balut dengan daun pisang dan kukus selama 25 minit.

Kredit resipi & foto : Ruzana Ramli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x