PEPSI MENGGEGARKAN DEMAM BOLA SEPAK BUAT RAKYAT MALAYSIA DENGAN BARISAN BINTANG DALAM KEMPEN ANTARABANGSA PEPSI “THIRSTY FOR MORE”
KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2022 – #THIRSTYFORMORE – Pepsi telah mengeluarkan filem bola sepak paling mengujakan setakat ini iaitu ‘Nutmeg Royale’. Berkisar tentang pergerakan paling licik perlawanan itu, gergasi minuman bergas ini telah menyerlahkan kebolehannya yang tiada tandingan dan sudah terbukti dengan menggabungkan dunia bola sepak dan hiburan bersama dalam menghasilkan kempen penuh aksi serta dipenuhi bintang-bintang terkenal dengan slogan antarabangsanya yang baharu ‘Thirsty For More’.
Mendahului dengan filem wira epik, para peminat dapat melihat juara bola sepak dunia yang hebat dan pemenang tujuh kali Ballon D’Or – Leo Messi – di samping pemain ikonik – Paul Pogba dan Ronaldinho – mengambil bahagian dalam perlawanan paling sukar bagi mereka setakat ini. Mengakali satu sama lain serta pemain tempatan yang tidak curiga, bintang bola sepak elit ini bertarung dalam kejuaraan nutmeg yang sensasi dan menghiburkan. Iklan dengan gaya aksi pantas itu penuh dengan kameo, helah kamera dan jenaka terkemuka Pepsi. Sebagai sebahagian daripada slogan antarabangsanya, ‘Thirsty for More’, Pepsi sedang menjuarai cita-cita ‘Generation Thirsty’– satu puak individu yang memiliki pemikiran ingin tahu – dengan menyinari generasi akan datang dengan bakat luar biasa.
Nutmeg Royale: Semua benda dan semua orang adalah sasaran
Helah khusus untuk orang yang sukakan risiko dan dahagakan deruan permainan, nutmeg memerlukan keyakinan, kemahiran dan masa yang sempurna. Ia lebih daripada sekadar pergerakan di atas padang, ia melambangkan pemikiran.
“Seronok dapat bekerja kembali dengan Pepsi dan mencipta detik-detik menghiburkan dalam bola sepak buat para peminat. Penggambaran kempen ini sangat menyeronokkan. Ia sangat bertenaga dan membolehkan saya menunjukkan salah satu teknik kegemaran saya – nutmeg,” kata Leo Messi.
Bercakap tentang kempen baharu itu, Pengarah Pemasaran PepsiCo, Mikey Rosales berkata bahawa Pepsi sangat teruja untuk kongsikan filem bola sepak ‘Nutmeg Royale’ dengan pencinta bola sepak Malaysia. Filem ini mewakili intipati semangat Pepsi iaitu berseronok. “Semasa kempen ini ditetapkan, nutmeg merupakan gerakan terbaik sebagai satu pergerakan yang melambangkan ‘keseronokan’ kerana ia adalah untuk mereka yang tajam akal, bercita-cita tinggi dan suka keseronokan serta ternanti-nanti akan keterujaan sesuatu perlawanan.” Menambah kenyataan itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jen Lee berkata bahawa memastikan kenikmatan para pelanggan ketika menikmati minuman merupakan teras syarikat ini. “Dengan membayangkan kenikmatan itu sambil memaparkan semangat berlawan, kini para pelanggan juga boleh merasai keterujaannya melalui filem ini.”
Pencinta bola sepak Malaysia juga boleh turut serta dalam keseronokan Nutmeg dengan menyahut cabaran duet TikTok #PepsiNutmegMY bersama Leo Messi di @pepsimalaysia di aplikasi TikTok.
Nantikan lebih banyak berita dan kandungan digital daripada Pepsi pada minggu akan datang. Pasti anda tidak mahu ketinggalan! Para peminat boleh sertai perbualan dalam talian dengan mengikuti #THIRSTYFORMORE, #PepsiNutmegRoyale dan @PepsiMY.
Tentang PepsiCo
Produk-produk PepsiCo telah dinikmati oleh lebih daripada satu bilion kali sehari di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. PepsiCo menjana lebih daripada $79 bilion hasil bersih pada tahun 2021. Didorong oleh portfolio minuman pelengkap dan makanan ringan termasuk Lay’s, Dorritos, Cheetos, Gatorade, Pepsi-Cola, Mountain Dew, Quaker dan SodaStream. portfolio produk PepsiCo merangkumi pelbagai makanan dan minuman yang digemari ramai termasuk banyak jenama ikonik yang menjana anggaran jualan runcit tahunan lebih daripada $1 bilion setiap satu.
Membimbing PepsiCo merupakan wawasan kami untuk Menjadi Peneraju Global dalam Minuman dan Makanan Ringan dengan Menang Bersama PepsiCo Positive (pep+). pep+ adalah transformasi strategik hujung ke hujung kami yang meletakkan kelestarian dan modal insan sebagai keutamaan ketika mencipta nilai dan pertumbuhan dengan beroperasi antara sempadan planet serta memberi inspirasi kepada perubahan positif bagi planet dan manusia. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.pepsico.com, dan ikuti kami di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn @PepsiCo.