Bulan Ramadan hampir tiba, jadi ramai yang sudah bersiap sedia untuk menyediakan juadah untuk berbuka dan sahur. Ramai juga yang sudah mula berjual beli produk makanan kesukaan mereka.
Haa, sebelum beli tu, apa kata anda cuba buat sendiri dahulu. Lagi jimat. Perkongsian resipi kali ini memang sangat sesuai untuk dijadikan makanan sampingan pada waktu sahur. Jom cuba!
Terima kasih Ainn Mustafar untuk perkongsian resipi Sambal Kacang Ikan Bilis ini 🙂
Bahan-bahan:
500 gram kacang (goreng garing)
100 gram ikan bilis (goreng garing)
*Blend halus kedua bahan ini
Cili kering segenggam rebus lembut (buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
2 ulas Bawang putih
Cara membuat:
- Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapatkan kilat dan manis pedas.Â
- Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ainn Mustafar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/