fbpx

Lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Makan Dengan Nasi Putih Sedap, Dengan Spaghetti Pun Cun!

iCookAsia

Anda peminat Daging? Pernah dengar masakan yang menggunakan Daging Salai? Buat anda yang belum pernah cuba Daging Salai ini, boleh lah dapatkan Daging Salai dimana-mana pasaran, dan buat Masakan Lemak Cili Api. Daging Salai ni rasanya macam smoky sebab dibakar. Ditambah pula dengan masakan Cili Api, memang padu! 

Terima kasih Mohamad Arymin untuk perkongsian resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api ini 🙂

Bahan-bahan:

500gm Daging Salai

1½ biji Bawang Merah

Kunyit Hidup sebesar Ibu Jari /6cm

2 batang serai, dititik

10 biji Cili Api (kalau nak lagi pedas boleh tambah)

1 keping Asam Keping

200ml Santan

Sedikit Air

1 helai Daun Kunyit (diracik)

Garam dan Maggi Cukup rasa secukupnya

 

Cara memasak:

  1. Kisar Bawang, Kunyit dan Cili Padi dengan sedikit air.
  2. Buka api dan panaskan kuali.
  3. Masukkan bahan kisar tadi, masak seketika.
  4. Masukkan daging salai dan tambah sedikit air. Rebus sehingga agak empuk.
  5. Masukkan Santan dan Asam Keping. Kacau sentiasa dan perlahankan api. Jangan sampai santan pecah minyak, tak cantik nanti rupanya.
  6. Letak Perasa dan siaplah untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohamad Arymin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x