Ayam Masak Padphek merupakan hidangan popular masyarakat Thailand dan punya rasa yang cukup pedas. Namun bila masak sendiri di rumah, sesuaikan sendiri dengan citarasa masing-masing.
Resipi perkongsian Nor Ashikin diperoleh daripada ibu yang merupakan warganegara Thailand yang telah menetap di Malaysia hampir 55 tahun.
Bahan kisar :
3 inci Kunyit hidup
4 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
4 helai Daun Limau Purut
1 biji Lada kering
5 biji Cili api
Halia
Belacan
3 helai Daun limau purut – potong
1 Asam keping – masuk sewaktu tumis
Bahan perap :
Ayam / Ikan keli / Sotong / Udang
Kunyit
Cara :
- Goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak (lebih banyak lebih sedap) dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan daun limau purut. Tumis sehingga layu dan sedia untuk dimakan.
- Jika anak-anak tidak makan pedas, asingkan lauk yang sudah dimasak dan letakkan cili api (tumbuk) kemudian.
Kredit resipi & foto : Nor Ashikin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/