Keenakan Laksa Siam memang sukar dilupakan, rasa lemak dan kepedasan yang menyengat memang cukup menggiurkan. Ditambah pula dengan gandingan ulam-ulaman seperti kacang panjang, taugeh, pucuk janggus dan timun, sekali rasa memang terpukau.
Menurut perkongsian Asmawati Mohd Shukor, laksa siam wajib pedas, barulah sedap terangkat. Dan resipi ini diakui 99.9 peratus menjadi.
Bahan Ulam :
Kacang panjang
Timun
Taugeh
Pucuk Janggus / Putat
Bunga kantan
Cabai burung / Cili padi
Ulam yang disukai
Bahan kuah :
4 labu Bawang besar(*)
1 labu Bawang putih (*)
1 inci Halia (*)
1 inci Lengkuas (*)
1inci Kunyit hidup (*)
2 sudu besar Rempah kari ikan
2 batang Serai – yang lebih ketuk masuk dalam kuah
Cili padi/Cabai burung (*)
10 tangkai Cabai kering (*)
Belacan (*)
Ikan sardin/selayang – Rebus isi & tulang kisar seperti cara biasa membuat laksa (*)
1/2 kg Santan – ikut citarasa lemak masing-masing
Asam keping
Laksa kering halus – laksa siam kena gunakan yang halus. Jika tiada gunakan yang biasa pun boleh
Cara :
- Semua bahan bertanda (*) dikisar.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak
- Kemudian masukkan air rebusan ikan.
- Masukkan isi ikan rebus yang telah dikisar tadi.
- Masukkan bunga kantan
- Tunggu sehingga kuah mendidih dan masukkan santan, asam keping dan serai yang diketuk, kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
- Akhir sekali perasakan kuah mengikut selera masing- masing. Boleh tambahkan garam, perasa dan serbuk pati ayam atau ikan bilis.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Asmawati Mohd Shukor
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/