Bukan sahaja rasa yang sedap ala hidangan Itali tapi juga berkhasiat dan diperkaya dengan khasiat daun Moringa. Hidangan pasta ini boleh disediakan sebagai makan malam yang mudah tetapi mengenyangkan. Yang dah bosan makan sos pasta yang sama sahaja seperti bolognese dan carbonara, boleh cuba buat sos ni pula. Buat rasa-rasa. Masakan ni pun vegetarian-friendly tau.
Mesti teringin nak rasa sekarang, kan?
Apalagi, Jom kita try masak
Bahan-bahan:
Pasta pilihan anda
2 sudu besar minyak
Untuk sos:
3 sudu besar minyak
2 bawang kecil, dicincang
2 lobak sedang, dicincang
100gm kacang hijau, dicincang
1 tomato sedang, dicincang
3 cawan daun moringa
2 cawan air
Cara membuat:
1. Cincang lobak, bawang, kacang hijau, dan tomato.
2. Tuangkan minyak ke dalam kuali.
3. Tumis sayuran yang telah dicincang dan semua bahan lain untuk sos.
4. Setelah ia berwarna coklat keemasan, tambah air dan biarkan mendidih selama beberapa minit.
5. Alihkan kuali dari dapur.
6. Tuangkan campuran sos ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi puree.
7. Masak pasta mengikut arahan pada pembungkusan.
8. Tumis pasta yang telah dimasak dengan minyak.
9. Tambahkan sos ke dalam kuali dan adun hingga setiap keping atau strand pasta tertutup dengan rata.
10. Untuk penyajian, hias dengan tomato dicincang dan sekelumit daun moringa segar.
Nak tau resepi-resepi lain yang boleh guna daun moringa, Boleh beli buku resepi Moringalicious untuk lebih banyak resepi dan pengetahuan tentang pokok ajaib ni!
Untuk pembaca di Malaysia, boleh dapatkan Buku Moringalicious: Karya Masakan Yang Hebat Dari Malaysia Ke Seluruh Dunia di sini (Shopee):
https://bit.ly/Moringalicious-Shopee
Untuk pembaca di luar Malaysia, boleh dapatkan Buku Moringalicious: Karya Masakan Yang Hebat Dari Malaysia Ke Seluruh Dunia di sini (Amazon):
https://bit.ly/Moringalicious-Amazon