Ramai yang suka makan petai tetapi tak tahan bau busuk mulut kan? Seperti perkongsian Bee Keng, kalau makan petai memang susah nak hilangkan bau walau sudah memberus gigi dua tiga kali.
Petua yang dikongsikan ini berkesan untuk hilangkan bau petai. Tidak kiralah petai mentah, petai jeruk atau petai yang dimasak, semuanya mampu hilang dalam seminit.
Cara paling pantas, potong terung mentah sebesar satu cm dan kunyah selama satu minit. Selepas dikunyah boleh terus ditelan atau dibuang (terung mentah mengandungi solanine yang boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut)
Orang Cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.
Satu lagi cara untuk menghilangkan tandas busuk disebabkan petai ialah dengan meletakkan sebiji terung yang sudah tidak berapa elok atau kulit terung di atas lantai.
Kredit resipi & foto : Bee Keng
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/