Kuih Qasidah ialah salah satu kuih tradisional klasik yang digemari ramai.😍 Biasanya orang dulu-dulu suka menyediakan kuih ini terutamanya di bulan puasa. Kuih Qasidah dikatakan ada dua jenis iaitu versi Pantai Timur dan juga versi Utara. 🤔Tidak kira mana pun, kedua-dua ada kelainan dan keistimewaan tersendiri.
Bahan – bahan
– 5 ulas bawang merah
– Minyak masak
– 2 sudu besar tepung gandum
– 3 cawan air
– 1/4 sudu kecil garam halus
– 7 sudu besar gula pasir
Cara membuat
1. Mula-mula panaskan minyak, goreng bawang sehingga keperangan
2. Kemudian angkat dan ketepikan dahulu
3. Masukkan air kedalam mangkuk bersama tepung, gula dan garam. Kacau sehingga tepung larut dan sebati
4. Tapiskan kedalam kuali. Masukkan sedikit minyak goreng tadi
5. Masak sehingga pekat dan tidak berketul
6.Tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan minyak goreng
7. Taburkan bawang goreng dan masukkan sedikit minyak goreng
8. Selamat mencuba!
#iCookAsia #qasidah #kuihqasidah
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/