Pada bulan puasa ini, juadah kuih-muih ini memang tidak boleh kita lepas kan. Paling gemar untuk kita makan pada waktu berbuka nanti. Selalu dijadikan sebagai pencuci mulut, selepas berbuka atau pun berbuka dengan kuih-muih itu sahaja. Bukan ke sunnah berbuka dengan benda-benda manis?
Haa, daripada anda beli di luar tu. Apa kata belajar buat sendiri di rumah. Jimat masa dan wang. Tak perlu beli dah. Buat satu tray di rumah, mungkin boleh tahan 2 hari kalau disimpan dalam peti ais?
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Pandan ini
Bahan A (Lapisan bawah)
300 gm pulut
200 ml santan pekat
200 ml santan cair
1 sudu kecil garam
Caranya: Kukus pulut selama 20 minit dalam loyang bersaiz 8 x 8. Sapu sikit minyak dan lapik dengan plastik.
Bahan B (Lapisan atas)
110 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
150 gm gula pasir
2 biji telur
200 ml santan pekat
200 ml air pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Caranya:
- Tapis adunan dan masukan ke dalam periuk. Wapkan agar sedikit pekat atau naik bau pandan.
- Campurkan sedikit air kapur jernih (untuk kenyal pada lapisan atas).
- Kukus 20 minit lagi. Setelah masak, sejukkan baru boleh potong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/